Thursday, October 7, 2010

♥ Kehidupan perlu Pengorbanan ♥

salam redears

sekadar merenung kehidupan kita

hidup ini tidak selalunya indah. Kadang-kadang kita akan terasa sangat susah, sakit, penat, kecewa, sedih, derita dan sebagainya…

Keadaan ini akan menjadikan kita lemah semangat dan tidak bermaya bagaikan orang yang tiada halatuju dalam hidupnya.

Dirinya seakan-akan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ia merasakan dirinya sedang terawang-awang di langit dunia melihat jasadnya yang sangat lemah di muka bumi.

Ia menangis sendirian mengenangkan nasib yang akan dilaluinya sehari-hari dalam keadaan seperti itu.

Ia pasrah!!!

Ia akur!!!

Mahu tidak mahu kita mesti melaluinya kerana ia menjadikan kita lebih matang, kental, cekal dan kuat daya ketahanannya.

Keadaan ini akan menjadikan kita seorang manusia yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang semakin hilang di kalangan manusia sendiri sejak akhir-akhir ini.

Kita patut tahu bahawa Allah S.W.T lebih menyukai seorang muslim yang kuat berbanding dengan seorang muslim yang lemah.

Kerana dengan sebab kekuatan yang dimilikinya, dia mampu membantu sesiapa sahaja yang memerlukan dan mengharapkan bantuan.

Dia juga boleh memberikan semangat, motivasi dan keyakinan diri kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya di saat hati menjadi sangat lemah tidak berdaya.


Ujian, cubaan, mehnah dan tribulasi pasti akan dilalui oleh mereka yang benar-benar berjuang kerana berjuang tidak pernah senang seperti yang disangkakan.

Perjuangan bukanlah seperti pesta “Red Carpet” yang mana seseorang itu akan dibentangkan dengan karpet merah sambil mendapat anugerah yang hanya menjanjikan keseronokan duniawi semata-mata.

Bukanlah dinamakan berjuang orang yang sentiasa berada dalam kenikmatan yang berterusan tanpa memikirkan orang lain yang menderita dan sengsara.

Dan, perjuangan tidak dinamakan perjuangan jika takut berkorban dan terkorban…

No comments:

Post a Comment