Saturday, December 18, 2010

Ibu & Ayah Rindu kalian ♥

salam readers

sorry malam nie guna perkataan "aku"
malam ini sahaja

tengok tajuk aku semua orang ada benda nie
cuma tidak kekal bersama kita
tapi kekal di hati..



Dulu

Disebuah kampung tinggalnya sepasang suami isteri
bersama 8 orang anaknya.kehidupan mereka "kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang"
,kerana suami kepada isteri ini adalah seorang nelayan
,isteri tersebut adalah suri ruma sepanjang masa untuk mengurus
anak-anaknya di rumah

Kehidupan ini amat sederhana..wlpn sebilangan anaknya tidak
dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading,namun
anak-anaknya tetap bersyukur kerana mereka boleh jgk mengenal abjad
mengira nombor dan membaca,wlpn ayah mereka hanya
seorang nelayan.

Apabila c ayah pulang dari laut mencari sesuap nasi untuk anak dan
isterinya.C ibu pulak sibuk dengan menjaga anak-anaknya
terutama anaknya yang bongsu dan kedua bongsu. iaitu 4tahun dan seorang
lagi 10 tahun yang masi bersekolah.

Setiba c ayah sampai di rumah anaknya yang ke-7
dan masih bersekolah ini akan pergi menjual ikan untuk membantu ayahnya.
Anak ke-7 ini akan membantu ayahnya setiap kali pulang dari sekolah.
Walaupun anak ini baru berumur 10 tahun dia mengerti akan kesusahan yang
dilihat terhadap keluarganya.Disebabkan itu anak ini setiap kali sekolah nya
bermula, semua barang sekolah spt beg,baju,kasut,stokin
tidak akn pernah baru atau dibeli DIKEDAI ,semuanya bekas barang2
yang terpakai oleh sepupu-sepupunya dan akan diimport
daripada makciknya iaitu adik kepada ibunya.
makcik ini adalah yang baik hati kepada keluarganya.

Kehidupan mereka akan berjalan seperti biasa
c ayah ke laut, c ibu menjaga anaknya yang kecil,anak2 yang lain
bekerja hanya sebagai buruh kasar sahaja.
anak yang ke 7 pulak pergi ke sekolah dan apabila pulang sekolah ia
membantu ayahnya,wlpn anak ke 7 ini seoranga perempuan tetapi
dia tetap menolong ayah menjual ikan tanpa sedikit MALU
kerana itulah sumber yang akn membesarkan dia hingga ke hari ini

Kehidupan keluarga ini bahagia walapun hidup
dalam keadaan sederhana.

Pada suatu pagi juamat yang indah bersamaan 15 sha'ban..semasa
anak ke-7 sibuk bermain,telah kedengaran satu berita sedih
iaitu C ayah telah meninggal dunia atas penyakit KANSER KULIT
Anak ini amat sedih,wlpn usianya baru 10 tahun tapi dia mengerti
akan ayah tidak ada lagi.
tiada lagi senyuman ayah yang sabar,
tiada lagi gurau senda ayah bersama gelak tawa
tiada lagi nelayan yang akan ditunggu setiap hari,
tiada lagi ikan-ikan untuk dijual untuk menampung kehidupan mereka

YANG ADA HANYA KESEDIHAN YANG X TERHINGGA

selepas itu abang pertama mengambil tugas menjaga
adik-beradik bersama ibu yang telah jatuh sakit
akibat kepergiaan suami tercinta untuk selama-lamanya

Makcik juga turut menjaga semua anak saudaranya
sehinggalah yang lain telah berumah tangga dan
yang tggl hanya beberapa orang anak saudaranya
termasuk anak yang ke-7 itu

6 TAHUN KEMUDIAN

pada 29 jamadilawal bersamaan ari khamis selepas solot zohor
IBU pun pergi untuk selamanya meninggalkan 8 orang anak
kerana penyakit PARU-PARU BERAIR.
anak yang ke-7 masa itu telah berusia 15 tahun
dia akn menghadapi satu tamparan yang hebat dalam
hidupnya kerana minggu itulah juga minggu utk dia menduduki PMR

SEDIH YANG AMAT SANGAT DIRASAI
Oleh 8 0rang anak tersebut
tiada lagi senyuman ibu yang manis
tiada lagi kasih sayang ibu yang suci
tiada lagi belaian ibu yang mesra
tiada lagi gurauan yang manja

YANG ADA KESEDIHAN SEPERTI 6 TAHUN YANG LEPAS
SEWAKTU AYAH MENINGGAL DUNIA

kINI

semua anak-anak ayah dan ibu tinggal
bersama makcik
makcik menjaga tanpa pilih kasih
dia menjaga seperti anak sendiri
ANAK yang ke-7 kini berada di menara gading
untuk mencapai cita-citanya
untuk menjadi orang yang berguna
agar dapat membalas jasa abg,kakak dan juga makcik
dan ingin menjaga adiknya yang bongsu apabila
dia telah berjaya nanti

TERIMA KASIH AYAH DAN IBU

KALAU LAH AYAH DAN IBU ADA
AKU LAH ORANG YANG PALING GEMBIRA

KAMU LAH YANG MELIHATKAN AKU BUMI INI
SEHINGGA AKU MENJADI SEPERTI HARI INI

AKU INGIN MENJADI SEPERTI KAMU
REDHA DENGAN KEHIDUPAN
TABAH DENGAN KESUSAHAN
SABAR DENGAN DUGAAN

KAMU HEBAT SEBAGAI
AYAH DAN IBUKU
AKU BANGGA DENGAN KAMU
KAMULAH INSPIRASI HIDUPKU



AKU ADALAH ANAK KE-7 ITU

"AKU rindukan AYAH DAN IBUKU"

P/S - HARGAI AYAH DAN IBU ANDA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA

No comments:

Post a Comment