Thursday, December 30, 2010

Lawak Untuk Hari yang terakhir melangkah 2011

salam readers

sebelum kita melangkah ke tahun baru 2011
saya nak buat post yang terakhir bagi tahun 2010
31/12/2010

hihihi lawak-lawak sahaja

made in japan


Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.


hahahaha lawak x?
x lawak korang gelak jer yah

sekian



No comments:

Post a Comment