Thursday, January 13, 2011

hihihi ini yang pernah saya lalui=)

salam readers

Mari kita kongsi bersama semua yang pernah
kita lalui dahulu semasa kita kecil

Kita membesar dengan menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver

Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja

Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.


Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?…

hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan

mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat sebelah


ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment.

Pastu bunyi gigi member kite kena gerudi kat bilik sebelah.

ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

gigi rosak kena cabut*takut jer time nie


ini semua mesti ingat program minum susu di sekolah

nak galakkan budak2 minum susu

time tuh minum susu sekotak 30 sen


cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.

Pukul tapak tangan… kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jer kat kantin.


time sekolah menengah, korang sure beli kasut

sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.

ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…

ada yang suka stoking tebal laaa

internet? email? apa benda lah tu?

CD? apa tu?

kaset tape penah la dengar..

Tiket wayang pun 5 ringgit je.


kite pegi kedai runcit, beli Cikerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,

Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam tue, ‘telur’ keras

warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘TiKam’.

bila dah abis exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family,ping- pong laa dalam class.


tapi bunyi loceng laa yang paling best sekali.

boleh beli aiskrim dengan

apek kat luar sekolah tu.

lagi satu loceng masa nak pegi rehat.

tinggal kan keja sekolah, jom kita

pegi makan. budak2 yg dapat

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

mesti kluar awal.


lagi satu yang seronok masa time

Pendidikan Jasmani, PJ. main bola la

rounders laa…


permainan kegemaran, main guli,

batu seremban, penutup botol, batang

aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’

, ‘Police & Sentry’, main kejar2

duduk…..


kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.

Yang tube aiskrim, ada byk2

color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 hahaha


lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.

hmmm..ni pun kita main dulu

ni.baling2 kapur laa.


hmm…budak2 sekarang, bagi diorang, d

iorang mana pernah dgr lagu ‘We Are the

World, We Are the Children…’

dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorang tau,

yg

Westlife nyanyi…… .bkn Billy Joel nyanyi…


CD pun wujud time diorang lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorang percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorang tak boleh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorang tak pernah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorang tak percaya penah ada TV hitam putih…. dan diorang skarang

tak reti nak switch on TV kalau xda remote control.


hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korang paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kita dah kawin

3. korang sure pelik bila tengok budak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bila tengok budak2 sekolah menengah guna handphone

5. kita dah tak banyak sembang2 dengan member melalui telefon lagi setiap

hari

6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila

bersembang

pasal cerita2 lama,cerita2 kelakar yang kite alami masa dulu time

kecil2, nakal2 dulu…

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn

mendalam..

mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..

yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan

lalui zaman yg sebegitu lagi..

sayangnya masa begitu pantas berlalu….Dimanakah kita sekarang???

Yang penting kenangan itu xkan saya lupakan sampai bila-bila…

No comments:

Post a Comment