Saturday, July 30, 2011

: Tanda wanita Itu telah terpikat dengan lelaki itu ♥

assalamualaikum.

mahu entry lagi nie;)
sungguh berIDEA aku malam ini.

mahu kongsi sedikit pendapat yang ada
dan maybe aku pon pernah melaluinya.

Tanda wanita itu terpikat kepada lelaki ;)

*Dia tidak senang duduk der.
-sesetengah wanita biasanya menunujukan
petanda awal yang tidak begitu jelas
dan mengharapkan anda untuk mengambil
peranan seterosnya.
pintu hati dah mula buka okay
aku cakap atas pengalaman okay.
if wanita sudah mula berpesan-pesanan
itu petanda yang perlu diberi tindakan segera.

*Anda diperkenalkan dengan kawannya
-ini bermakna anda telah diterima masuk dalam hidupnya.
salah satunya wanita bagi hint "INI aku punya"
something like that lah.jadi ambil hati kawan-kawn dia
maksud aku bergaul macam biasa.
tapi pastikan wanita itu tidak cemburu;)
rumit sedikit=)

*Bersikap terbuka
-Biasanya wanita tidak mendedahkan terlalu banyak
tentang peribadinya.apalagi seperti aku ini;)
hanya jika ia betol2 berminat dan percaya barulah
segala diceritakannya;)

*Anda diajak ke tempat lain....
-wanita ini ingin meluangkan masa bersama
privasilah ;)
hati ke hati;)

*membayangi anda.
-maksud aku .teringat selalu;)
tak boleh tidor kalau tak mesej atau call
okay aku cakap atas dasar yang pernah aku lalui;)

kongsi-kongsi pengalaman;)

bagaimana anda.?

;)

: Kisah romantik kawan-kawan aku ♥

assalamualaikum semua.

semalam yang indah.
sungguh meriah semalam
bak kata pepatah yang selalu keluar dari mulut ku
"kenangan sentiasa tercipta"
walaupun kadang benda itu sepahit hempedu
tetap juga di panggil "kenangan"

kadang kita nie pandai merancang tapi Allah yang tentukan
contoh ini;)
semalam selepas kenduri di rumah "makcik" kitaorang ;)
kami telah merancang untuk pergi ke "kolam air panas"
okey sumpah aku rasa aku paling excited ;)
*memang kaki penjalan.

Pintu bilik terbuka
"kita tak jadi pegi kolam air panas.kita pegi putrajaya"
hahaha
aku pon makin cergas ;)
memang suka sangat pegi putrajaya
sebab nak pegi yang dataran tue
*maklumlah penah pegi sana tapi tak sampai situ
sebab hari itu ada kenyataan seperti ini
"pesta bunga"
*pastinya sesak;)

semalam aku dan kawan-kawan dan encik Beliau.
mengharapkan untuk sampai ke situ dan bersantai.
tapi alangkah indahnya tiba-tiba ada kenyataan seperti ini
"jalan di tutup untuk bla.bla.bla"
*kami semua tabah.tak da sapa pon yang menangis sebab tak boleh masok
hahahaha

kami pon bergerak ke satu tempat
iaitu tempat *farid kamil belakon Evolusi KL driff"
setelah sampai kami segera duduk
sambil-sambil tangkap gambar

*kisah manis berlaku
alangkah adilnya alam ini
kami dihadiahkan hujan;)
apa lagi semua bergegas ke moto masing-masing.
termasok aku yang menumpang moto encik beliau.

gerakan kami agak pantas.
hujan turut dengan lambatnya.tapi kami cool.
mana tak cool hujan turun bro ;)
gilak sejuk bumi malam itu.

*walaupun ada sedikit percenggahan yang kami tidak minta.
tapi semua boleh kawal diri masing-masing
setakat fighting manja sahaja;)
kami berenti di flyover;)
ada tempat berteduh.
*sweet kan;)

setelah masa berlalu beberapa minit.;)
hujan itu seakan memahami kami yang berada di flyover
bersama transport romantik kami.
hujan berenti sedikit renyai2 jer;)
*kuasa Allah syukur.

kami meneruskan perjalanan untuk pulang;)
time nie semua kawan-kawan pompuan aku
*sejuk okay
apa lagi aku.dada aku sejuk sakit gilak.
kawan-kawan lelaki dan encik beliau
*maybe sejuk jugak tapi mereka lelaki
mesti tunjuk macho mah;)
mereka buat muka cool ;)

sampai jer aku naik rumah teros
mandi dan siap2 untuk turun minum air panas;)
*maksud aku pegi cafe tau;)
okey kat situ kepala aku boleh berfikir waras.
malam yang extreme itu SANGATLAH ROMATIK.
*betol tak kawan-kawan?
hahahaha

mesti mereka jawap betol
.kenangan sentiasa tercipta walaupun kita tidak merancang
itu lebih berkesan di jiwa kita.terpahat di hati kita.

"anggap jer semalam HARI KAWAN-KAWAN"



*ini kawan-kawan perempuan.
kawan-kawan lelaki kat camera lain
*maaf yea tak teruplod


kami berdua sayang kawan-kawan;)

korong-korang baca entry ini pon kami sayang jugak.

sekian;)

Tuesday, July 26, 2011

: Ini Bukan Kisah Rose dan Jack ;)

assalamualaikum

semoga hari ini lebih baik di samping yang
TERSUKA dan TERSAYANG anda;)

i m so happy today..
why?

*sedangkan air bisa mendidih.inikan pula pasangan couple ;)

korang.korang.

hari itu aku telah pergi beperang.
aku berlawan dengan Sang Rimau.
akhirnya Naga tewas diTerkam.
hahaha.aku tipo okay.

tengok nie tersangat happy sampaikan
aku ceta benda-benda macam nie.

okay serius nie

aku bukan nak ungkit benda yang lepas
sekadar "KENANGAN KITA BERSAMA"
kalau gaduh mesti rasa nak menang kan.
lebih-lebih aku nie lah
nak menang jer.

if aku pikir kalau menang dapat duet tak pa jugak
nie menang dapat "PENYESALAN:)
buat apa kan.

sememangnya susah bagi aku untuk kalah
apa lagi kalau dengan Encik Beliau ;)

"kalau asik gaduh tak baik jugak
;)memudaratkan kesihatan
kalau tak gaduh pon tak elok jugak
;)tak normal dalam perhubungan"

jadi biarlah gaduh itu berpadah2.;)
ingat bagaimana detik
"permulaan pertemuan perhubungan" itu ;)
mungkin kita akan lebih menghargai
dan akan mengambil tindakan untuk BERBAIK.

buang ego Si Wanita seperti aku
*hahaha

pasti aku boleh terima keegoanmu
wahai si lelaki ;) itu memang fitrahmu sebagai lelaki.
*tapi sila lah berpadah2 egomu

sesungguhnya
"besar keegoanmu.kecil lagi kesilapanku"
hahaha
kenapa adanya pepatah sebegitu, kerana
"korang tahu hari itu aku gaduh dgn encik beliau
pasal benda remeh.and then kami fighting2
pas tue dea pujuk;)
kami pon berbaik.tapi ada syarat;)
:aku tak boleh kawan dea sementera waktu
tapi kami boleh
:keluar bersama
:makan bersama
:gelak bersama
:lepak bersama

*kalau korang matang.mesti faham pepatah dan ayat di atas ;)

and then today aku memilih untuk berkawan ;)
lihat ini


tekan slide itu untuk besarkan~~

: Ini Bukan Kisah Rose dan Jack ;)
*ini si ego dengan si garang ;)


Saturday, July 23, 2011

: peduli

assalamualaikum

aku cukup malas kalau perasaan sedih datang
menyerang hatiku.

aku cakap sikit teros mau melenting.
okay aku betul-betul "geram" nie.
aku malas nak peduli benda-benda "bongok"

asyik aku jaga hati orang?
asyik aku bagi kecik hati orang?
tak pikir pulak kalau diri sendiri yang buat.

okey aku nie memang begini
kalau boleh aku jaga hati orang yang aku sayang
dengan sebaiknya.
apa lagi hati keluargaku aku jaga semua.
hati kawan-kawan aku jaga semua
*walaupun kadang terkasar.
hati KAU pon aku jaga.

kau kata kenal aku?
tapi aku cakap sikit kau teros kecil hati?
okey aku cakap sini
kau ada family yang lengkap.
semua family kau tue jaga hati mu.
walaupn kau tak jaga hati dorang.

aku!!
kau tahu aku?
family aku tak lengkap.
mak ayah aku dah meninggal!
kau tahu kan.
yang jaga aku kaka dan abang aku.
tapi dorang pon ada tanggungjawab lain.
sometime dorang terkasar dengan aku.
aku gelak juga walaupun sebenar hati aku kecik

kau pulak?
.mayb kadang aku terlepas geram kat kau.
kau pon teros mahu melenting.
okey kau dengar sini?
ko kira berapa orang jaga HATI MU?
*mak
*ayah
*kaka
*abang
*AKU
*kawan-kawan

AKU sapa yang mahu jaga HATI KU.
????

ADOIIIIIIIIII

pedulilah aku malas SUDAH!

Wednesday, July 20, 2011

: Dimana Letak Mulutmu Ketika Telinga Mendengar.Di mana Telingamu Ketika aku bercakap.

assalamualaikum semua.

aku kurang mahu bersetuju ketika "Pertelingahan berlaku"
okey aku bukan cerita dusta.aku bukan mahu melawan.
tapi aku mahukan keadilan yang kita sama-sama nampak.

rasa di balas rasa.
.pekak dibalas pekak.cakap dibalas cakap
"api balas api"
HANYA MENGUNDANG DERITA
dan mula membenci dan menyeruh pergi.
TAPI

"kadang mulut kata pergi.Hati kata mari"


DUNIA SEMUA SANDIWARA
sandirawalah kadang "memporakPeranda" kan keadaan.
mungkin tepat pada kita apabila melakukan pembohongan
untuk menyelamatkan perhubungan.
Tapi azali dan sebenarnya.
ia hanya menimbullkan KEPANASAN BARAN.

mana ada PASANGAN yang mahu "dibohongi"
mana ada PASANGAN yang ingin "diduakan"
mana ada PASANGAN yang ingin "diputarbelitkan"

mana ada PASANGAN yang sukakan "kekerasan"
mana ada PASANGAN yang sukakan undang "Kemarahan"
mana ada PASANGAN yang menutup mata apabila ada "Propa sandiwara CINTA LAIN"

semua ini berlaku bukan.
apa lagi hubungan yang telah bertahun.berabad.berkurun.
mesti jawap mereka
"ASAM GARAM DALAM PERHUBUNGAN"

inikan pulak hubungan yang baru setahun pon tak cokop.
usah ambil jauh.Lihat saja hubunganku
*kadang kelihatan seperti ada bintang berpinar.
*kadang ribut taufan datang tanpa di undang.
^tiada seorang pon yang suka KEHANCURAN bukan?
inikan lagi adat BERPASANGAN"

Ketika pasangan bercakap;
*kita ambil mudah.bak kata orang sekarang
RELAX AJE MASIH BANYAK DI LUAR SANA.
*YA di luar sana memang banyak.memang ada jual di pasar malam?
mungkin begitu tanggapan yang lain.

tapi aku tidak.Di luar sana mungkin banyak tapi Bukan boleh teros:
*encik abang jom kita berpasangan.
Confirm abang tue diam.atau dia suspected aku
*SAKIT JIWA.

ketika pasangan mendengar;
*kita boleh kata begini.
ALAH ESOK ATAU MALAM KANG MESTI DIULANG
*boleh dengar jelas siap khatam lagi.

tapi aku tidak.Kalau dia ulang sekalipon tak sama dengan yang dia
katakan tadi.mungkin bunyi pengertian sama tapi ayat lain-lain.
tak sebijik-sebijik yang mcam cakap tadi

Mungkin aku pon bukan dari anggota percakapan yang baik.
*kau bagi aku sumpah serata
confirm buas mulutku tanpa henti.
sebelum jatuh ayatmu.sudah pentas ku sambut dengan lunak ayat berbisa.
*jahat bukan.

apa lagi jadi pendengar yang baik.
*aku bukan tuli apa lagi pekak.cuma aku malas mendengar.
seperti yang aku cakap.kalau sekadar cerita pasal judge HIDUPku
baik aku tutup telinga.
*aku paling mudah tersinggung tapi paling mudah ketawa.
walaupun senyumanku jarang ku berikan.
tapi hati ku berkata ikhlas.

ini sekadar untuk diriku yang Hidup berpasangan ;)
"Dimana Letak Mulutmu Ketika Telinga Mendengar.Di mana Telingamu Ketika aku bercakap"

*lelaki ini bertuah jumpa wanita sebising mulutku.
wanita ini juga bertuah jumpa lelaki sesenyap mulutnya.
*api jumpa air =tinggal bara panas boleh disejukan ;)

Thursday, July 14, 2011

: Sila jangan Beratur ;)

assalamualaikum dan selamat malam ;)

aku nie jarang ambil hati tapi cepat kecil hati.
tapi aku kecil hati bertempat okey,that why aku tidak pegi menyerang kau
sebab aku masih boleh berfikir waras.

okey 1
kalau kau rasa bf aku tidak hebat seperti bf kau yang bekerjaya ;)
tidak mengapa.aku masih redha sebab bf aku masih study
*ok kau mau cakap itu alasan saja.

mari sini aku cakap:)
bf kamu pon dulu-dulu pegi sekolah kan pegi belajar tinggi2kan
cuba time tue kamu baru bercinta ;)
that why bf kamu guna duit family mereka bukan?

2
Bf aku bukan anak berada.apa lagi kalau dibandingkan dengan aku yang miskin
harta ini.tapi kami masih ada budi bahasa masih ada budaya melayu ;)
tidak lupa asal usul kami
asal dari kampung;)
*sambil menyedarkan diri aku jugak
*kot2 aku lupa itu SABAH MARI.no! ok

3
Bf aku hanya mampu bawak aku kuar dengan menaiki KUDA HITAM ;)
bukan Ninja saga ;) kalau hujan tak basah.
tapi aku masih boleh senyum.sekurang-kurangnya
Itu milik kepada dirinya.Bukan barang pinjaman;)
*atok dea bagi okey.beli memang tak mampu teros terang lebih baik.

4
bf aku muda dan aku tua;)
kami tak ada masalah.Tidak pon kami membusykan diri untuk
men TUA-TUA kan kamu
atau
me MUDA-MUDA kan kamu
*jodoh tak kenal usia okey;)mana tahu kamu tak pernah dengar pepatah ini
aku ulangi
"JODOH TAK KENAL USIA;)

5
"macam mana mereka becinta tue dua-dua study?
ada duit ker tue nak makan sama2
nak shoping sama2"

ini memang ayat kurang ajar bukan?
kalau aku cakap macam nie mesti tindakan kau lagi buruk daripada yang
aku pikir.Okey kami bercinta still boleh belajar dengan tekun.Masih
ingat KELUARGA masing2.
okey persoalan duit makan kami.
kami MASIH CUKUP MAKAN kalau tak.tak kan kami jadi
CHUBBY seperti ini.Boleh gelak besar lagi;)
shopping sebulan sekali dengan keizinan duit pemberian
keluarga masing2.kami shopping pon ada LIMIT jugak.

SILA JANGAN BERATUR untuk memperkotakkatikkanKAMI.;)

BAIK KAU DOAKAN KAMI ;)


P/s tiada yang sempurna di dunia ini.

Wednesday, July 13, 2011

: Punca lelaki tinggalkan teman wanitanya

salam semua blogger

:)

korang.korang.korang
sihat tak?
mesti sihatkan kalau tak mana ada korang baca belog ini
Thanx yang berkunjung ke sini~~

okey lagi beberapa minggu lagi
aku akan pergi praktikal.Tapi lom dapat feedback lagi ;)
risau nie ~~~

kawan-kawan tadi aku berbahas-bahas cakap
melalui facebook dengan kaka aku yang nombor 6

Kaka aku kata versi sabah okey
~ nang kau rasa aku nie ego ka?

aku- ntahlah aku pon tak tahu sebab aku pon perempuan jugak

kaka- ish kau nie semua enda tahu.

aku(geram) -kau nie kan

*kaka aku nie selalu gaduh sama bfnya.

aku pon bagilah dea pendapat.

punca mengapa seseorang lelaki meninggalkan seseorang wanita
atau hilang sabar terhadap seseorang wanita.


*Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki
Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik, persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman. Perangai atau personaliti seseorang adalah sangat sukar untuk diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi, jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

*Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance.
aku rasa yang ni aku tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang faham kan. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan anda.

*Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.
Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong, ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak percaya itu terpulang.

aku tulis benda nie bukan nak nasihat kaka aku jer.tapi untuk diri aku sendiri;)
kaka aku degil tau.

tau tak kaka aku reply masej kat chat box satu ayat jer.
*nang kau sudah matang.Terima kasih ;)

Aku pon balas
:matang sedikit sahaja untuk hari ini.kaka janganlah biabaw begaduh.
kawinlah cepat2.

p/s kita wanita perlu menyedari yang memimpin kita iaitu lelaki.Bukan kita
seperti pemimpin untuk lelaki.and then lelaki memang fitrah menjadi seorang yang ego.
if kita nak ego jugak.memang tak boleh tahan lama punya itu hubungan;)

Monday, July 4, 2011

: sudah Malas bercakap dengan baik??

assalamualaikum

aku tak boleh tidor.Jadi sila izinkan aku untuk mengisi
ruang yang tengah otw untuk menaip.

Bila aku rasa aku cakap elok jer.aku rasa orang kurang ajar kat aku pulak.Bila aku cakap dengan nada suara yang agak rendah,slow,pelahan,baik.Aku rasa sahutan atau jawapan orang tue macam kurang ajar dan saja nak bagi aku panas.
Tapi pikir balik siapa aku untuk label orang tue

KURANG AJAR ATAUPUN TERLEBIH AJAR.

Seriously aku memang kasar cakap pon macam lelaki.
mayb speaker kat tekak aku volume dea xboley dislowkan
kalau ada jer orang-orang yang mahu mencabarnya.

tapi ingat yea adik oii
aku nie boleh hormat kau dengan jayanya
jadi sila hormat aku dengan sedikit pon tidak apa.
asal kau tahu di mana batas di antara kita.

lagi aku nak mengamuk.Aku cakap baik-baik
lagi mau jeling-jeling aku..memang nak mati ker budak nie?
tapi aku pikir urusan mati bukan aku yang atur.
Tapi kalau kau nak urusan ambulance datang jemput kau
sila datang teros dan kurang ajar kat aku.!

SIAPA DALAM DUNIA NIE
YANG SUKA DILAYAN DENGAN KURANG AJAR.?

confirm tak ada yang angkat TANGAN
tapi kalau angkat KAKI
memang banyak.Teros bagi penendang
macam KL GANGSTER tue
baru syok!

Kurang ajar sangatkan bagi teros penendang
baru cepat hantar hospital
dan teros sedar diri.

aishhh hati sakit tak guna juga
bole2 kena sakit "Hampedu"
asyik2 sakit hati.

Oleh itu bawak lah tabiat yang baik.Org cakap elok.Kita jawap elok.
budi bahasa itu penting okey.
budi bahasa juga yang boleh membantu hidup kita kalau kita berada di tempat orang.