Sunday, August 21, 2011

: Pilihan lelaki ;)

;)

  • KEANAK-ANAKAN
  • dalam batas-batas yang tertentu dan wajar,sifat keanak-anakan seorang wanita itu menjadi daya tarikan.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda.Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sifat keanak-anakan yang menyenangkan

  • PENUH PENGERTIAN
  • sikap pengertian wanita membuat lelaki beras di hargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.Contohnya adalah tidak melenting tidak tentu pasal sebelum mengetahui letak duduknya masalah lelaki

  • MENGHARGAI
  • wanita yang menghargai lelaki adalah menjadi idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut.Lelaki suka dihargi,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga

  • MENJAGA PENAMPILAN
  • lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,bersih ,kemasdan menarik.Penampilan yang baik menunjukkan wanita menghargai dirinya dan bersyukur dengan dirinya.Secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki menyukainya

  • PANDAI BERBICARA
  • lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual.Walau topik perbualan lelaki berbeza dengan wanita tetapi wanita tersebut dapat mengimbangi

  • PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
  • wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih baik di mata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua daripadanya serta tahu berhadapan dengan orang muda.Tahu juga menghadapi suasana baru serta boleh di bawa ke bandar atau ke kampung

  • MENGHORMATI DIRI SENDIRI
  • lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita ,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yang menghormati dirinya mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk.Jadi dia tahu apa yang di inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah diri

  • SIMPATI DAN PRIHATIN
  • lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat.menyayangi serta tidak memilih.Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.Ada kecantikkan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempersona
p/s hanya lelaki sahaja mengetahui wanita idaman mereka..

No comments:

Post a Comment